Sunday, November 20, 2011

banjir..banjir..tolong! hihihihi..ni banjir dari air terjun kat singkir...syok mandi-manda...

this 'kool kid' is my eldest son.

yg ala-ala model ni..adik bongsu aku..

ini gambar aidilfitri yg lepas. 1st time beraya berempat...

yg ni 'tuan punya blog'..


.napa ada post pasal gambar2 ni ek? biasalah..kan cuti sekolah telah kembali...kalo tgk entry yg lepas2..mmg bnyk gambar je aku tempek kat blog aku ni...sebab aku mmg suka mem'photoediting"..this time..I guna photoshine.

Thursday, May 19, 2011

"KENANGI....."

Orang berkata anak adalah cerminan ibubapanya
Orang sering alpa anak membesar banyak guru-gurunya
Walaupun tidak dikenang
Guru adalah umpama bintang
Setitik sinar kelihatan
Apakata bila sekumpulan
Berkelip menyumbangkan cahaya
Untuk menerangi masa depan

Kemudian akan malap setelah merentasi alam
Bukan semua org dpt faham
kehidupan seorang guru adalahj amanah
yang dihidupkan
Tapi kdg2 guru pun tidak kenang
Niat dan tujuan yg perlu ditnamkan
Apakah niat kita?
Demi anak-anak, masa depan, diri atau bekalan kemudian?

Adakah kita ingat apakah rasanya ketika masih belajar
Membaca dan mengira?
Kita pun mengalaminya..
Guru kita suka dan sedihnya,
Guru yang sering perkata-kata
Kini kita sudah dewasa
Selaku pewaris penerus ilmu guru2 lama

Sekarang tanya
Jenis bagaimanakah pula kita?
Seperti yang kita suka atau perkata?
Atau sesuatu yang lebih mulia?

Kita berkuasa menentukan
Kita membantu mewarnakan
Masa depan mereka.............

Amanah ini adalah doa atau beban adalah terpulang
Guru adalah tugasan yang mulia..
Kenangi...

Wednesday, May 18, 2011

Aku Yang Bergelar Seorang GURU....

 

Kepada semua warga pendidik....Selamat Hari Guru!..
Sambutan di peringkat sekolah dah selesai diadakan...meriah la jugak...so-so...seronok menghabiskan masa dengan murid2...hadiah pun banyak jugaklah aku dapat..terima kasih ye anak2murid ku..walaupun teacher selalu marah korang..korang ingat gak nak bagi teacher hadiah n kad ucapan ye...sebab teacher sayang la teacher marah kat korang tau...

Hari ni pergi bengkel pembinaan blog pusat sumber..seharian meluangkan masa membina blog...nk tgk hasilnya?   silalah layari.. BLOG PUSAT SUMBER SK TOK MAT SALLEH.. sebenarnya bukanlah semua tu aku bina sehari ni...mmg dah lama buat..sikit2 lama2 jadi bukit..ye tak? tu masih dlm proses pemurnian...kalau ada masa nanti insyaAllah...bolehlah tambah2 lagi...

Berbalik pada ceritaku sebagai seorang guru...nak kata aku ni rajin sgt..taklah jugak..tp...tiap2 hari aku adalah antara yg menjadi tukang bukak pintu staffroom n then tukang kunci pintu staffroom. tau apa maksudnya? aku yg awal sampai, petang lak aku yg balik lambat skali...kenapa yek? syg sgt kat sekolah agaknya sampai tak balik2....hehehe..

Saturday, January 8, 2011

♥ TAHUKAH ANDA??? ♥

sekadar gambar hiasan.. ♥ takde kena mengena dgn tuan punya blog.♥
"Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja." ----> menambah semangatku untuk BF Azad..InsyaAllah.. To, Azad, pagi2 minum dari botol...petang n mlm, direct BF ye sayang..mmuuaahh! ♥

Baca lebih lanjut tentang artikel ini? klik saje link ni...---> cabaran-penyusuan-susu-ibu






Selain itu , "Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.
Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut." ---> to abangsayang, tima kasih kerana memahami dan menyokong ayang..luv u dear! ♥♥♥ teruskan sokongan anda ye, en. suami...

Tuesday, January 4, 2011

Back To School!

Salam 1 Malaysia...Salam Tahun Baru..(tak terlewat lagi kan?)
Hari ni Azad dah berusia 59 hari, so maknanya, cuti bersalin aku cuma tinggal esok sahaja..hari Khamis kena gi sekolah...akan tetapi..cewah, betul ke ayat aku nie? Aku cuma akan kembali ke sekolah pada hari Ahad depan...Khamis ni pejam mata je lah..cuti rehat..hihi..

Persiapan ke sekolah? takde apa pun..cuma tgh sebok menggoogle sana sini cari bahan untuk filing sekolah..so, hari ni aku add satu page baru SCHOOL STUFF untuk bahan2 basic yang diperlukan sebagai seorang guru..<Rancangan Pelajaran Tahunan, Perancangan Strategik Panitia, Pelan Taktikal Panitia, Pelan Operasi Panitia> dan bnyk lagi akan menyusul..(tgklah kalau rajin)..

Friday, December 24, 2010

LamAnya Tak Jenguk BLoG Nie...

aduss...lama gila tak update blog syok sendiri ni...mula2 je rajin, skrg dah malas sikit..hehe..bukan malas..tak berkesempatan, maklumlah sibuk jaga baby..(alasan..)


So, apa cerita? hari ni dah hari ke 48..dah 3 hari dah habih pantang..Apa aku buat masa dalam pantang? biasalah...cam org2 lain berpantang gak..cuma aktiviti extra aku, dok bertenet jek...abih semua aku window shopping online..yg tak bestnya..bukan stakat window shopping..bbbbaaaannnyyyaaakk jugaklah yg aku beli..:


1) yang penting : Shaklee product (untuk breastfeeding)..aku beli dari Pn Arnie (genkimomma) - memang berkesan utk aku..alhamdulillah..
2)barang2 baby..masa pregnant mmg tak beli baju bnyk sbb takut keluar baby girl, n takut tak muat/terbesar sgt..antara favourite aku:






3)  mainan n baju abang azfar..






4) barang2 utk aku pun banyak gak..ada tudung, beg, wallet, jam tangan..apa lagi ek...? dah tak ingat dah..banyak sgt menda yg dibeli...hehhee...nasib baik cuti 60 hari jek..kalau lama2 mau lagi bnyak aku beli sbb takde keje nak buat..huahuahua...







********************************************************************************

so itu citer pasal shopping2..selain tu aku udah boring kekadang tu..meneruskan hobby aku: photo editing & buat photo collage...nak tgk hasilnya? yg ni aku buat dari http://www.photovisi.com..gambo2 di atas tu adalah antara hasilnya...tada...ini dia setakat yg aku buat malam tadi..











Oklah..tu je lah entry utk kali ni...anakku si comel Baby Azad udah menguit2 di dalam buaian...nak minum la tu...